Thursday, November 17, 2011

Dear my lovely friend..
Seronok kn masa skolah yg bnyak kenangan.. hdup tanpa stress.. syg tnpa batasan.. teman tanpa mengharap balasan..  bgurau bersenda spnjg mlm bagai tiada hari esok..
tapi ari nie kite bawa haluan msing2.. di dunia baru, kwn2 baru.. tp.. crite klasik kite akan di abadi kn.. i miss my buddy.. T_T..

Thursday, March 17, 2011

bila rasa mcm nak bercakap..

"Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras rupa dapat menyesatkan. jangan pula tertarik kepada kekayaan nya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari - hari yang gelap menjadi cerah."

tetiba tebaca quote nie n terfikir, apakah kebenaran dalam ayat nie.. seperti yang kita lihat sekarang nie manusia memang sangat mementingkan paras rupa. ye la sape yang nak ko kalau ko tak reti nak jaga diri. pakaian compang camping, mulut berbau, lemak kat sana sini, muka berminyak satu tan pastu perangai macam haprak. haish~ kalau aku jadi mcm tu agak2 ada ke yg nak bekenan.. sampai ketua la mak aku kempunan nak bermenantu. manusia semua berlumba2 ingin cantik, tu yang banyak produk mahal2 kt pasaran sebab nk bg muka2 jd cantik berseri.. tapi kadang2 kita lupa dan alpa sebab apa yg mencantikkan diri tu adalah daripada dalam diri kita sendiri. aion +ve dlm diri kita tu yg dipncarkan melalui wajah.. berwudhuk la selalu kerana air wudhuk di wajah dapat menambah keserian di wajah.. =).
keduanya, kesenangan hidup itu juga penting sebenarnya, jika kita papa kedana dan tiada wawasan hidup, mcmana nk bahagia. mcmana nak mkn bnde2 yg berkhasiat.. tanpa harta mcmana kita nk bersedekah. hidup tnpa harta kita akan moral down.. payah nak cari orang yang nak susah..
in conclusion.. paras rupa dan harta amat penting sebenarnya kerana itu lah yang membawa kita tersenyum. tapi at the same times, kene back to basic, jgn sombong rendah kan hatimu untuk menjadi insan yang dirahmati Allah.. =)


Monday, January 24, 2011


TERENGGANU
Pada cuti yg lepas, ain pegi terengganu dngan makteh.. syok la jg bercuti disane.. ini beberapa gmbr ain pegi terengganu..
=)


kami menginap di Terebgganu Equastrian Resort (TER)..
ada kuda..=)


Pastu kami pergi monsoon cup.. best juga tournament kapal layar nie.. xpenah tngok n xpenah tawu pn sbnarnye.. hehe.. tp ari nie bila org da bwk jln baru tawu..



Naik kapal layan free..=)..


Pastu pergi Noor Arfah Batik.. ok .. mahal.. tp bnyak sngat batik yg cantik2.. tnggu da kaya nnti la beli.. huhu.. tnggu ea~



masa perjalanan balik singga Tasik Kemasik .. ada climbing wall n tmpat beriadah..
nice place..

terengganu kn, x sah klu xpegi pntai.. ah slalu kata pntai ganu cantik..=)
ok la.. not bad..

p/s = conclusion.. best.. tp xdpt nk membeli belah sngat.. duit x ckup.. planning last mnit nk ikut.. huhu..
kopok lekor ganu mmg best.. nasi dagang juga..
n, next tyme nk pegi lagi.. nk grab penyu pink kat pasar payang tu.. nice~

Tenkiu kpd, mak teh, mak itam n pak itam baru sbb sudi bwk jalan2..
=)
















Friday, January 21, 2011

CERITA CINTA KITA..

Bukanya aku tak cinta
ku hanya tahu ini keliru
bukanya aku tak mau
sunguh mati aku suka kamu

setengah gila aku menahan rasa
yang ada didalam dada
jangan kau paksa diriku
untuk melanggar janji cintaku

ku ingin sungguh ku mau
tapi ku hanya tak bisa dengan mu
aku sendiri tapi kau bersamanya
kita tak mungkin berdua

biarlah cerita cinta kita
bersemi didalam hati ini saja
semoga kau bahagia
aku juga pasti kan bahagia

biarlah cerita kita
menjadi bunga mimpi mimpi semata
semoga kau bahagia
ku berdoa untuk mu selamanya

Tuesday, August 17, 2010

Pengajaran dari kelas institusi kekeluargaan islam pada hari ini.

Pernikahan melengkapkan iman seseorang muslim..
da sesungguhnya nabi Muhammad tidak mengaku umat kepada sesiapa yang menafi atau menolak kemurniaan pernikahan itu.. jika seseorang telah cukup syarat nya dan mampu maka seseorang itu harus lah menyegerakan nikah.. nikah juga dapat menghindarkan seseorang muslim dari melakukan kemaksiatan.. seperti yang kita tahu pada era kemodenan ini, remaja sering menyalah gunakan konsep ini.. mereka lagi gemar hanya "berkahwin tapi nikah belum". ini bermaksud, mereka tanpa segan silu melakukan hubungan suami isteri walaupun belum ada hubungan yang sah antara mereka.. akhirnya terlahirlah anak2 yang tidak berdosa dan terdampar di longkang2, tong2 sampah, di campak sesuka hati.. mereka dibunuh tanpa sempat melihat dunia yang indah ini.. adakah kedua manusia ini tidak takut dengan azab Allah.. sudah melakukan dosa besar dengan berzina dan akhirnya tergamak menjadi pembunuhkepada anak darah daging sendiri malah sanggup meletakkan jasad bayi2 tersebut di tempat yang tidak sepatutnya.. sangat zalim..

Wahai remaja2 di luar sana..
sabar lah anda untuk menjejakn diri dijenjang perkahwinan..
tidak salah bercinta tapi pandai lah menjaga diri.. jangan lah mudah tergoda dengan pujuk rayu seorang lelaki.. sesungguhnya lelaki yang benar2 ikhlas terhadap kita ialah lelaki yang tidak pernah seinci pn menyentuh seseorang wanita itu.. dia meletakkan darjat seorng wanita lagi tinggi dari segalanya..





Di suatu hari yang indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga.

Kenapa? Kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.

Kenapa? Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !

Di dalam telaga CINTA hilang.

Kenapa? Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.

Kenapa? Kerana… KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia. Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI…. :)

be nice to ur friends.. kawan datang dan pergi tapi kawan yang sejati ttp dihati walau dia jauh di seberang dunia..


Friday, August 6, 2010

da lame x upload gmbar kt sini..
rndu diari ke 2 sy nie..=)